Khamis, 11 Ogos 2011

insafla....

« on: 22 October , 2009, 09:51:44 AM »

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awa l lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanla h dengan Bismillah ... ..
Syaitan - Ahh, tak payahla.. . dah lapar ini !! mmm..seda pnyaaaa? .....

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegera lah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaah h? suruh si X, punchkanl ah?

Manusia - Azan sudah kedengara n.. .....
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegera lah menunaika n kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa.. .
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanla h pandangan mu, sesungguh nya Allah Maha Melihat dan mengetahu i !
Syaitan - Perggghh. .. best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklah h? ...

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2la h?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubat lah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun . .
Syaitan - Tangguhla h dulu, lain kali boleh bertaubat ... lagipun muda hanya sekali... .rugila. ...... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpaling lah dari jalan itu .....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jo mlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..ta k solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagia an di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagia an diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu.. ..

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda - Patutke aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku.
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (Forward E-mail ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2

Selasa, 9 Ogos 2011

Hukum Menutup Aurat - Wanita Islam

Allah menjadikan manusia lelaki dan wanita semata-mata untuk mereka berkongsi hidup di dunia ini, sesama mereka pula saling memerlukan dan lengkap melengkapi di antara satu sama lain, betapa indah dan bahagianya hidup ini, jika manusia mematuhi dan mentaati perintah Allah kerana itulah sebenarnya kunci dan rahsia kehidupan bahagia yang hakiki dan mampu menolak kepalsuan.

Berkaitan dengan hukum menutup aurat wanita secara jelasnya telah dinyatakan oleh Allah Ta'ala dalam Al-Quran sebagai satu perintah dan kewajipan yang harus dilaksanakan oleh hambaNya yang mukminah mengikut keadaan dan situasinya yang tertentu. Adalah menjadi satu kemestian "WAJIB" bagi setiap wanita akur dengan perintah Allah untuk memakai pakaian yang menutup seluruh badan kecuali muka, tapak tangan dan tapak kaki tanpa banyak alasan yang tidak ikhlas dan jika perlu termasuk juga mukanya.

Lelaki dan wanita diperintahkan Allah supaya menutup aurat mengikut kadar yang telah ditetapkan, oleh itu lelaki dan wanita seharusnya sama-sama mematuhinya, di dalam topik ini tidak dibincangkan dengan panjang lebar mengenai aurat lelaki kerana aurat lelaki senang difahami dan juga senang untuk dilaksanakan perintah menutupnya. Allah jadikan fizikal lelaki sifatnya tidak menggoda seperti fizikal atau susuk badan wanita.

Sesetengah kaum wanita mungkin tidak menyedari bahawa diri mereka bersifat menggoda terhadap lelaki. Fizikal mereka yang dijadikan oleh Allah kelihatan cantik, menarik dan menawan serta merangsang nafsu syahwat lelaki. Walaupun wanita tidak pun menggoda lelaki tetapi keadaan dirinya yang istimewa itu menyebabkan lelaki tergoda. Manakala lelaki pula mempunyai berbagai peringkat dan kedudukan biologinya, ada yang kuat nafsu syahwatnya dan ada yang sederhana. Keadaan inilah mewajarkan wanita menutup aurat mereka seperti yang diperintahkan.

Allah yang menjadikan manusia samada lelaki atau wanita. Maka Allah Maha Mengetahui situasi dan hakikatnya yang sebenar. Allah mengetahui bahawa nafsu syahwat lelaki tidak mampu mengekalkan keikhlasan dan kejujuran terhadap wanita yang sangat cantik pada pandangan mereka atau sukar hendak diharapkan.

Perintah menutup aurat ini dapat menundukkan nafsu lelaki yang sentiasa cergas dan aktif. Perintah ini juga dapat menyelamatkan wanita daripada dicerobohi dan lain-lain keburukan yang berkaitan dengannya. ( Jika ianya dipatuhi dan ditaati ).

Apapun alasan dan hujah diberikan. Persoalan yang paling utama dalam hal ini adalah patuh dan taat perintah Allah kerana perintah Allah itu mengatasi perintah manusia.

Nafsu syahwat lelaki dan wanita kadar dan keupayaannya adalah berbeza. Nafsu syahwat lelaki aktif hampir sepanjang hayat tubuh badan mereka, manakala wanita akan menurun apabila terhenti pusingan haidnya. Pusingan haid terhenti dalam lingkungan usia 50an. Ini bermakna terdapat ramai kaum lelaki tua dan muda yang tercabar dengan perlakuan mendedahkan aurat ini dan disamping itu terdapat pula mereka yang sengaja memperagakannya atas alasan yang tersendiri.

Perintah menutup aurat ini ditujukan kepada kaum muslimin dan muslimat sahaja. Manakala yang bukan Islam mereka diperintahkan Allah supaya mengenal Allah atau makrifatullah terlebih dahulu, kemudian barulah diikuti dengan perintah-perintah yang lain. Namun begitu kita berharap mereka yang bukan Islam juga hendaklah memakai pakaian yang bersopan ketika berada di tempat awam.

Binatang yang jantan dan betina juga mengalami situasi yang sama seperti manusia pada amnya, iaitu binatang yang jantan mempunyai kekuatan syahwatnya melebihi binatang yang betina, kalau kita lihat kajian yang dibuat terhadap kambing Boer, kajian tersebut menyatakan seekor kambing Boer mampu melayani antara 50-80 ekor kambing betina.

Mesej yang hendak disampaikan di sini ialah nafsu syahwat lelaki melebihi keupayaan nafsu syahwat wanita dan aktif sampai ke penghujung hayatnya dan binatang yang jantan juga terdapat situasi yang sama iaitu melebihi syahwat yang betina. ( Kenyataan ini bukanlah sesuatu yang tepat ). Hanya sekadar sesuai untuk direnungkan bersama sahaja dan mengenali lelaki dan wanita, juga mengenali jantan dan betina.

Kaum wanita sangat mustahak mengetahui perkara ini supaya mereka merasai tanggungjawab menutup aurat itu sebagai suatu kewajipan dan perintah Allah yang sangat rasional dan wajar untuk mereka tunai dan laksanakan.
Allah telah mengulangi peringatan-Nya beberapa kali tentang kewajipan menutup aurat ini di dalam Al.Quran.

Di bawah ini diperturunkan petikan khas maksud ayat-ayat Al-Quran berkaitan perintah-perintah tersebut, sama-samalah kita renungi dan menghayatinya, Insya Allah akan memberi keberkatan kepada kita, disamping dapat menjauhkan kemurkaan Allah.
____________________

"Katakanlah kepada wanita yang beriman:
"Hendaklah mereka menahan pandangannya,
dan memelihara kemaluannya, dan janganlah
mereka menampakkan perhiasannya,
kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.
Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung
ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya,
kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka,
atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka,
atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara
laki-laki mereka, atau putera-putera saudara
laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan
mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak
yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki
yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita)
atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.
Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui
perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah
kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman
supaya kamu beruntung".

Surah An-Nuur (31)
_____________________

"Wahai anak Adam, sesungguhnya Kami telah
menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu
dan pakaian indah untuk perhiasan.
Dan pakaian takwa itulah yang paling baik.
Yang demikian itu adalah sebahagian dari
tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan
mereka selalu ingat".

Surah Al-A'raaf (26)
____________________

"Wahai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu,
anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri
orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan
jilbabnya ke seluruh tubuh mereka".
Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah
untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu.
Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Surah Al-Ahzab (59)
_______________________

Dan perempuan-perempuan tua yang
telah terhenti (dari haid dan mengandung)
yang tiada ingin kawin (lagi), tiadalah
atas mereka dosa menanggalkan pakaian
mereka dengan tidak (bermaksud)
menampakkan perhiasan, dan berlaku
sopan adalah lebih baik bagi mereka.
Dan Allah Maha Mendengar
lagi Maha Mengetahui.

Surah An-Nuur (60)

wanita solehah

Ciri ciri wanita solehah

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.
Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami
Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga
2. Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga
FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA
Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.
Faktor-faktor tersebut ialah:
1) Lupa mengingat Allah
Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:
” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”
Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)
Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.
2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.
Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: ertinya:
” Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.”
3) Mudah terpedaya dengan syahwat.
4) Lemah iman.
5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.
Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah Wanita yang solehah.